Shopping Cart
Total:

RM0.00

Items:

0

Your cart is empty
Keep Shopping

Mereka Berjalan Tanpa Harapan – Mengimbau Kawad Maut Sandakan

Ketika Askar Jepun berjaya menakluki Borneo, tahanan perang terdiri daripada tentera Australia dan British telah dihantar ke kem tentera Jepun di Sandakan. Tujuan utama adalah untuk mengerah tenaga tahanan perang ini untuk membina sebuah lapangan terbang untuk kegunaan tentera Jepun.

Credit: The Patriot

Walaubagaimanapun, British dengan bantuan intel telah mengebom lapangan terbang yang dibina. Hal ini menyebabkan pihak Jepun mengambil keputusan untuk menghentikan projek tersebut dan mula untuk memindahkan tahanan ke Kota Kinabalu (dulu dikenali sebagai Jesselton) dengan hanya berjalan kaki dan peristiwa ini telah mengorbankan ribuan nyawa dan dikenali sebagai Kawad Maut Sandakan. Kawad Maut Sandakan ini terbahagi kepada tiga fasa.

Kawad Maut Sandakan

Tentera Jepun telah mengarahkan seorang ketua kampung menyediakan laluan perjalanan daripada Sandakan ke Kota Kinabalu. Laluan sepanjang 192km itu adalah laluan yang paling mencabar kerana melalui hutan yang tebal, sungai-sungai serta kawasan pergunungan yang curam. Seramai 470 tahanan perang telah dipilih semasa peristiwa tersebut yang dikenali sebagai Kawad Maut Pertama. Sepanjang perjalanan itu, tawanan yang lemah atau cuba untuk melarikan diri akan terus dibunuh oleh Jepun. Selain itu, ramai daripada tahanan turut mati kebuluran sepanjang perjalan tersebut. Perjalanan tersebut berhenti di Ranau dengan sisa tahanan hanya 183 daripada 470 tahanan perang. Tentera Jepun telah membina kem sementara di Ranau akibat perjalanan yang terlalu panjang.

Seterusnya pada Mei-Jun 1945, tentera Jepun bercadang untuk memindahkan lagi sejumlah 536 tahanan perang daripada Sandakan ke Ranau dan dikenali sebagai Kawad Maut Kedua. Perkara yang lebih teruk pada kali ini adalah tentera Jepun tidak memberikan makanan dan ubat-ubatan kepada tawanan. Pada peristiwa itu, hanya 183 yang berjaya sampai ke Ranau dan selebihnya telah mati dibunuh sepanjang perjalanan.

Kawad Maut Ketiga adalah kawad yang terakhir yang dilakukan oleh tentera Jepun menggunakan saki baki tahanan perang di Sandakan. Seramai 75 orang telah dipilih dan selebihnya telah dibunuh di Sandakan. Rombongan kawad kali ini adalah tawanan yang sangat lemah dan hanya mampu bergerak sejauh 30km. Akibatnya, tentera Jepun telah membunuh semua tawanan pada kawad tersebut.

Usaha Jepun Menghapuskan Bukti

Apa yang berlaku kepada tahanan di Ranau ? Daripada keseluruhan tahanan yang sampai di Ranau, hanya 38 orang yang masih hidup 2 bulan sebelum pihak Jepun menyerah kalah akibat kebuluran dan ada yang mati diseksa. Keadaan tahanan yang sangat lemah pada ketika itu telah dibunuh kesemuanya oleh tentera Jepun beberapa hari sebelum perang ditamatkan. Daripada keseluruhan tahanan, hanya 6 orang yang berjaya terselamat daripada seksaan Jepun dengan melarikan diri lalu diselamatkan oleh penduduk setempat.

Tahanan yang terselamat ini telah menjadi saksi kepada kekejaman tersebut. Antaranya adalah Stipewich, Botterill, Short dan Campbell yang telah memberikan keterangan dalam perbicaraan jenayah perang di Tokyo dan Rabaul. Hasilnya, seramai 3 orang pegawai Jepun telah didapati bersalah atas pembunuhan beramai-ramai tahanan dan telah dihukum bunuh pada 1946.

Imej dari flickr

Kini peristiwa ini diabadikan di Taman Peringatan Sandakan, orang ramai boleh datang ke tempat tersebut dan melihat sendiri tinggalan sejarah dan membaca kisah mereka yang gugur. Kisah ini bukan sahaja tentang sejarah tetapi peringatan abadi kepada sisi gelap peperangan yang kejam. Ia mengajar kita tentang erti sebuah kemerdekaan yang dikecapi pada hari ini adalah hasil keberanian dan kesakitan yang dihadapi oleh mereka yang tidak pernah kita kenal, tetapi jasa mereka sangat sukar untuk kita lupakan.

0
Show Comments (1) Hide Comments (1)
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
A WordPress Commenter
10 months ago

Hi, this is a comment.
To get started with moderating, editing, and deleting comments, please visit the Comments screen in the dashboard.
Commenter avatars come from Gravatar.

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x